Tuesday 1 November 2016

Pentingnya Jaga Pemakanan Semasa Mengandung.

Biasa kita dengar makan untuk hidup, hidup nak sihat. Jadinya nak sihat dan kekal sihat mestilah pilih juga makanan yang sihat serta amalkan pemakanan yang sihat :)

Pemakanan yang sihat adalah sangat penting lebih-lebih lagi jika anda seorang ibu mengandung. Jika sebelum ni, diet pemakanan anda 'tidak comel' seharusnya semasa mengandung ni ubah cara pemakanan untuk kebaikan ibu dan juga kandungan.

Tujuan pengambilan makanan yang sihat sepanjang kehamilan adalah untuk memastikan perkembangan janin yang sihat serta untuk mengekalkan kesihatan ibu. Selain itu, ia juga bertujuan memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa hamil.

-Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah di antara 12-18kg. 

-Jika berat badan anda normal sebelum hamil, anda perlu menambah di antara 11-16kg. 

-Jika berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah di antara 7-11kg. 

-Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg. 

 Ingatlah bahawa pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan yang sihat. Tapi jaga-jaga jangan terlebih-lebih pula pertambahannya, haruslah dikawal ye :)


Jom Feeza kongsikan hasil dari pembacaan di sini dan sini tentang jenis makanan yang perlu ambil 'lebih' sepanjang kehamilan ni. Antaranya termasuklah:



 1. Buah-buahan dan sayur-sayuran - boleh membelinya dalam bentuk segar, sejuk-beku, dalam tin, kering atau jadikannya sebagai jus. Sasarkan untuk memakan lima hidangan dari kumpulan ini sehari. Misalnya 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin C dan satu dalam vitamin A)

2. Makanan berkanji -contohnya nasi, roti, pasta dan juga kentang. Adalah lebih elok memilih jenis bijian penuh kerana ia membantu anda berasa lebih kenyang dan lebih berkhasiat. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan. Dicadangkan ambil 7 hidangan nasi tau bijirin atau roti.



3.Makanan yang kaya dengan protein - contohnya daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang.Dicadangkan mengambil 1 hidangan daging atau ayam, 1 hidangan ikan dan 1 hidangan kekacang.

4. Produk tenusu - contohnya susu, keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium. Dicadangkan mengambil 2 hidangan susu.

Namun sekiranya anda bermasalah mahu melengkapkan pemakanan sihat dan seimbang seperti yang dicadangkan, makanan tambahan atau suplemen perlu diikhtiarkan bagi kesejahteraan perkembangan janin dan kesihatan ibu.

Sebelum mengandung ni Feeza jenis makan je apa yang suka (layan je tekak dan selera nak makan apa tanpa kira 'status' nutrisi makanan tersebut haha). Jadinya bahagian sayur-mayur ni kuranglah diberi perhatian tapi buah-buahan tu adalah yang diambil. So, ni dah jadi ibu mengandung, Feeza kena lah bagi perhatian betul-betul bab makan bagi kekalkan kesihatan yang baik untuk Feeza dan juga kandungan. Lagipun takmolah, kesihatan terjejas sepanjang berbadan dua ni :)

Makanya, sepanjang mengandung kali ni Feeza ambil alternatif amalkan pengambilan suplemen bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan. Suplemen yang jadi pilihan Feeza adalah Set Hamil Shaklee.



Kenapa Feeza pilih dan amalkan set ni, nantikan entri seterusnya Feeza kongsikan.

Akhir kata, marilah sama-sama kita jaga pemakanan kita bagi kekalkan tahap kesihatan kita.


Syukur selalu,
Feeza Ismail.


No comments:

Post a Comment