Thursday 3 November 2016

7 Tabiat Yang Boleh Mengundang Bahaya Pada Kesihatan Kita!

Tanpa kita sedari, adakalanya tabiat yang kita gemari itu boleh mengundang bahaya pada kesihatan kita. Hohoho, jom baca ada tak tabiat kegemaran korang dalam senarai berikut. Kalau ada, jom ubah! Kalau takde, Al hamdulillah dan take note :)

Tabiat-tabiat kebiasaan berikut perlu diubah andai mahu kesihatan anda di tahap terbaik.

SILANG KAKI

Duduk dengan menyilang kaki boleh meningkatkan tekanan darah systolic (tekanan ketika jantung berdenyut sambil mengepam darah) sehingga 7% dan tekanan darah dialostic sehingga 2%. Sebaiknya, elakkan menyilang kaki lebih daripada 15 minit dan jangan duduk dengan posisi dan tempat yang sama lebih dari 45 minit. 

TIDUR MENIARAP SEPANJANG MALAM

Posisi ini memang membuatkan anda lebih mudah untuk tertidur. Namun, elakkan dari tidur terlalu lama dalam posisi ini kerana leher anda boleh mengganggu peraliran darah. Posisi tidur yang baik adalah terlentang atau mengiring sambil memeluk bantal di antara kaki

MENGENAKAN TALI PINGGANG TERLALU KETAT

Mengikat tali pinggang terlalu ketat juga boleh mengganggu sistem penghadaman anda dan akan menekan perut serta organ dalaman. Kesannya, proses penghadaman tidak berjalan dengan baik. Pastikan anda mengenakan tali pinggang dengan ukuran yang normal. Duduk dengan selesa, tidak membongkok dan bernafas dengan normal. 

BEG TANGAN DI SISI

Kebanyakan anda membawa beg tangan yang disangkut di bahu pada sisi yang sama. Kebiasaan inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan otot dan menyebabkan rasa sengal. Sebaiknya, jangan membawa barang terlalu banyak dalam beg dan keraplah berganti antara bahu kiri dan kanan

TERUS LAKUKAN REGANGAN SELEPAS BANGUN TIDUR


Ketika bangun tidur, anda biasa melakukan regangan badan. Jangan begitu, kerana kebiasaan ini boleh merosakkan sendi pada tulang belakang. Kesannya anda sakit pada bahagian punggung dan leher. Disarankan selepas bangun tidur, lebih baik anda terus bangun, berjalan di sekeliling rumah, minum air putih atau menggosok gigi. 

KERAP MEMBONGKOK
Dengan membongkok, ia boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian bahu dan memberi tekanan kepada tulang belikat anda. 

MEMAKAI JEANS TERLALU KETAT

Image result for skinny jeans
Skinny jeans atau jeans terlalu ketat memang antara pilihan pakaian yang ada sekarang ini. Namun, jika dipakai setiap hari, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan kerana ia menghadkan gerakan badan anda dan merasa kurang selesa dengan aktiviti yang anda lakukan. Malah, jeans terlalu ketat juga berpotensi menekan pengaliran darah.


Sekian, coretan perkongsian kali ni. Sumber dipetik dari sini.

Semoga memberi manfaat buat semua!

Syukur selalu,
Feeza Ismail.