Tuesday 1 November 2016

16 Simptom Menandakan Anda Sedang Mengandung !

Tahniah!

Kebiasaannya apabila lewat datang haid atau dah tak datang period, kebanyakan wanita yang berumahtangga gembira kerana berkemungkinan dia sedang mengandung =)

Tetapi terdapat juga beberapa simptom selain itu yang menandakan anda sedang mengandung. Jom baca simptom-simptom yang menyebabkan anda bakal bergelar ibu hamil.

 1. Tak Datang Haid -Jika anda biasa datang haid tepat pada tarikhnya dan tiba-tiba ia tak datang, itu mungkin petanda anda sedang mengandung!

2. Letih dan Sukar Menarik Nafas - Jika anda rasa letih yang luar biasa, ia juga mungkin petunjuk sedang hamil. Keletihan yang dialami mungkin disebabkan peningkatan paras hormon progesteron. Anda juga akan mudah berasa mengantuk dan malas sepanjang hari. Selain itu anda juga mungkin berasa sukar hendak menarik nafas seperti sediakala. Ini kerana fetus di dalam rahim berkongsi pengeluaran oksigen yang sama. 

3. Morning Sickness - Mual, loya, muntah dan pening kepala adalah simptom wajib akan dialami oleh kebanyakan ibu hamil. Biasanya ia akan menyerang di waktu pagi menyebabkan anda tidak boleh melakukan rutin harian waktu pagi seperti biasa. Ada juga yang mengalami morning sickness pada waktu malam atau sepanjang hari. Simptom ini biasanya akan berakhir sendiri apabila ibu masuk ke trimester ke-2 kehamilan.

 4. Hilang Selera Makan - Tekak yang loya kadang kala membuatkan anda hilang selera terhadap makanan kegemaran anda selama ini. Sebenarnya ia disebabkan oleh meningkatnya jumlah hormon estrogen dalam sistem ibu kerana mengandung. Kebencian ini akan membuatkan sesetengah ibu hilang selera makan di awal fasa kehamilan. Selain itu, ada juga ibu yang mengidam makan sesetengah jenis makanan. Anda juga mungkin akan menjadi seorang yang kuat makan dan asyik lapar sepanjang hari. 

5. Sensitif Pada Bau -Wanita hamil sangat sensitif pada bau-bauan. Ada sahaja bau yang kurang digemari akan cepat dihidu. Begitu juga dengan bau-bauan yang sangat digemari. Oleh itu jika anda sedang berpeluh dan berbau, lebih baik jauhkan diri daripada ibu hamil sebelum dia 'termuntah' depan anda.

6. Mood Swings -Perubahan hormon mungkin membuatkan anda mudah mengalami 'mood swings'. Ada sahaja yang tidak kena di mata anda. Tetapi lain orang lain reaksinya terhadap perubahan hormon dalam badan ini.

 7. Payudara Bengkak dan Lembut - Payudara anda berasa lebih sensitif daripada biasa kerana perubahan hormon. Jangan risau, badan akan menyesuaikan diri dengan perubahan hormon tersebut selepas trimester pertama. Payu dara akan semakin membesar sebagai persiapan untuk menyusukan bayi kelak.

 8. Rasa Kebas Sekitar Puting Payudara - Oleh kerana badan sedang menyesuaikan diri dengan kehamilan, hormon meningkatkan bekalan darah kepada payudara ibu sebab itu anda akan berasa sedikit kebas sekitar puting. Ia akan berakhir apabila badan semakin biasa dengan perubahan hormon yang dialami.

 9. Puting Menjadi Gelap - Biasanya bila anda sudah masuk lapan minggu kehamilan, bulatan di sekitar puting payudara (aerola) akan mula bertukar warna gelap. Puting anda juga menjadi lebih tegang dan lebam di sekitarnya semakin kelihatan.

 10. Peningkatan Suhu Badan - Jika anda biasa mengambil suhu badan, anda akan perasan tentang perubahan suhu badan yang semakin meningkat.

 11. Kembung Perut dan Sembelit - Walaupun masih di awal kehamilan dan saiz rahim masih kecil, perut anda mungkin berasa kembung menyebabkan anda rasa pakaian semakin sendat. Sementara masalah sembelit pula disebabkan oleh progesteron agak perlahan dalam sistem penghadaman.

 12. Kerap Buang Air - Perubahan hormon juga menyebabkan peningkatan darah melalui buang pinggang, dan ibu akan kerap buang air kecil. Badan juga mula menghasilkan lebih cecair ketika mengandung. Kekerapan buang air kecil akan semakin hebat sepanjang kehamilan apabila saiz rahim semakin menekan pundi kencing ibu berikutan saiz bayi yang semakin membesar.

 13. Berasa Hendak Pengsan Atau Pening - Anda mungkin akan berasa pening kepala ketika mengandung akibat peralihan hormon dalam badan. Ia juga mungkin disebabkan jantung mempercepatkan kadar mengepam darah dalam badan semasa mengandung, ini mungkin menyebabkan sedikit penurunan tekanan darah. Ia semakin baik selepas trimester pertama.

 14. Kejang dan Spotting - Ada juga bakal ibu yang mungkin mengalami sedikit 'spotting' atau keluar darah di seluar dalam. Ia disyaki akibat implantasi telur dalam rahim. Jika anda berasa kejang, ia mungkin kerana rahim mengembang sebagai persediaan untuk bayi membesar.

 15. Sakit Kepala - Masalah sakit kepala adalah perkara biasa dialami oleh ibu hamil. Ini kerana perubahan hormon.

 16. Sakit Belakang - Bahagian belakang badan anda juga mula akan berasa sakit kerana ligamen mula melonggar dan anda mungkin akan bertambah berat badan.
Macam mana, ada mengalami simptom-simptom berikut?

Untuk kepastian dan kesahihannya, anda digalakkan menjalankan ujian kehamilan. Boleh dilakukan di klinik-klinik berdekatan anda. Yang pasti melalui ujian kehamilan positif, anda memang sedang mengandung dan tahniah!

Sila jaga diri =)

Syukur selalu,
Feeza Ismail.

No comments:

Post a Comment