Friday 2 September 2016

Sihat itu rezeki !

Bismillah.


Bila sihat kita mesti syukur banyak-banyak sebab ia satu rezeki yang tak ternilai sangat-sangat. Lagi laa, kita ni bukannya pak nujum, tahu bila masa kita nak sakit atau letih atau batuk dan selsema kan. Bila badan dah tak OK camtu, semua aktiviti yang kita nak buat pun rasa lemau, malas, penat dan kalau boleh nak rehat je kan ? Ke korang rasa camne ye? Sebab tu penting kita jaga tahap kesihatan tubuh badan kita ni. Lebih-lebih aku laa..hihi..golongan ibu. Padahal semua penting OK untuk jaga kesihatan sebab untuk kemaslahatan orang-orang sekitar laa.

Golongan IBU penting sangat-sangat untuk jaga tahap kesihatan ni sebab dia lah ratu dan suri dalam rumahtangga ni. Demam satu hari si ibu, semua aktiviti di rumah tu tergendala sedikit. Yela, biasa ibu yang masak, basuh pinggan, sediakan baju seluar, sapu bersih rumah, dan lagi kalau ibu yang ada geng rapat, si baby yang masih menyusukan. Cian ibu ! Sebab nak rehat lama-lama pun rasa tak sedap oi...tak caya? Tanya ibu anda =)

Oleh itu pentingnya kita jaga kesihatan ni. Selalu doa kat Dia Yang Maha Mendengar agar sentiasa berikan kita kesihatan yang baik-baik. Doa untuk orang-orang kita sayang jugak agar sama-sama sihat selalu. Lepas tu usaha kita lah, nak jaga camne kan. Cam Feeza, amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang. Gaya hidup sihat ni penting sangat-sangat untuk kesihatan emosi dan fizikal. Yelaa bila dah tiada tekanan, hidup ceria dan positif kan. Minda pun kena jaga, bagi selalu positif dan bersemangat.

Pemakanan yang seimbang tu perlulah tahu camne ye. Sendiri punya badan, sendiri punya selera ye dak? Hahaha. Ada orang suka makan sayur-mayur ni, ada orang suka tengok je sayur-mayur haha. Dan makanlah seperti yang disarankan dalam piramid makanan. Pilih makanan yang bernutrisi tinggi lebih banyak dari makanan yang kurang berzat. Kalau dah tahu kurang suka sayur-mayur dan rasa dalam makanan seharian yang diambil kurang nutrisi yang diperlukan, topup lah dengan sumber lain yang boleh lengkap nutrisi tu cam pengambilan suplemen dan multivitamin.

Sekarang banyak sangat pilihan suplemen dan multivitamin yang ada di pasaran. Pilih yang mana berkenan. Feeza pilih suplemen yang berkesan, selamat dan semulajadi gitu. Pilihan terbaik Feeza rasakan. Alhamdulillah. Lagipun dah 60 lebih berada di pasaran Malaysia ni. Produk dia pun dah bertahan lebih 100 tahun taw! Ohya, produk yang Feeza maksudkan tu dari Shaklee taw ! Best sangat bila consume Shaklee ni, kenapa dan apa sebabnya nanti Feeza stori kat next entry k korang. Untuk first entri ni Feeza stop sini yee.

Semoga sihat ceria senantiasa.
Akhir kata, sihat sebelum sakit !



Syukur selalu,
Feeza Ismail.

No comments:

Post a Comment