Thursday, 24 November 2016

Tong Biru Putih Kesukaanku.

Pertama kali bersua dengan tong biru putih ni masa tahun 2012. Tujuan utama nak jadikannya sebagai milkboooster sebab masa tu masih menyusukan Imani. Tapi tak sempat nak kenal dan jatuh cinta dengan lebih mendalam kerana alahan mengandungkan adik Imani tiba masa tu jugak. Hihihi. Apa-apapun semua rezeki kan. Terima seadanya.

Itulah saat perkenalan pertama Feeza dengan tong biru putih ni, iaitu Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee.



Untuk entri ni Feeza nak kenalkan apa itu ESP Shaklee ni.

Umumnya, ESP Shaklee adalah makanan tambahan yang membekalkan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Menariknya, melalui ujian klinikal yang telah dijalankan menunjukkan ESP Shaklee dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

Apa yang terkandung dalam ESP ni?

1 tin ESP Shaklee (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya.

Kacang soya yang digunakan adalah dari sumber bukan GMO (non GMO), iaitu kacang soya organik yang dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP). Program ini adalah untuk memastikan kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses penanaman hinggan saat pemprosesannya.

Protein kacang soya adalah protein tumbuhan yang lengkap dan berkualiti tinggi kerana mengandungi kesemua 9 asid amino perlu yang badan kita tidak dapat hasilkan.

Disebabkan ianya protein tumbuhan maka, protein yang dibekalkan adalah sangat rendah lemak, tanpa kolesterol dan mempunyai kebaikan yang tiada dalam dalam protein haiwan seperti isoflavon.

Satu hidangan ESP Shaklee (3 sudu besar) membekalkan 14g protein (105 kcal).

Secara ringkasnya kebaikan yang diperolehi melalui ESP Shaklee, termasuklah :

  1. awet muda
  2. baik untuk hormon
  3. baik untuk prostat
  4. kesihatan kulit (kulit remaja)
  5. pembekal tenaga
  6. membaiki pigmentasi
  7. membaiki memori
Untuk maklumat lebih lanjut boleh baca kat sini tentang kebaikannya. 

Ok, hope menjawab bagi sesiapa yang nak kenali ESP Shaklee ni. 

Ohya ! ESP Shaklee ni dah lama diperkenalkan taw.... sejak tahun 1961 lagi. So, cuba korang kira dah berapa lama ESP Shaklee ni berada dalam pasaran dan jangan ragu-ragu k kalau nak cuba :)

Lagipun produk Shaklee ni sangat-sangat berkualiti dan berbaloi untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Ianya ofkoz halal, tiada bahan pengawet, tiada pewarna tambahan dan tiada bahan perasa. Jaminan Shaklee – Ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam.


Pengedar Sah Shaklee,
Feeza Ismail,
012.266.0427

Wednesday, 16 November 2016

5 Tips Buat Ibu Hamil Mahu Tidur Lena !

Satu ujian buat bakal ibu bila tiba masa nak tidur kan ?

Ye laa, dengan keadaan perut yang kian membesar adakalanya memberi sedikit gangguan untuk menikmati tidur yang lena. Tapi tidur yang cukup sangatlah penting buat ibu-ibu hamil ni agar tahap kesihatan tak terjejas dan tidak cepat letih serta tak bermaya.

OK, hasil dari pembacaan Feeza kat sini, Feeza nak kongsikan dengan ibu-ibu semua amalan yang perlu dilakukan sebagai langkah mahu dapatkan tidur yang lena.

Antaranya,

1. Kurangkan minum
Minumlah air sebanyak-banyaknya pada waktu siang hari, tetapi menjelang waktu tidur, kurangkan pengambilannya. Sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. Ini bagi mengurangkan kekerapan ke bilik air untuk membuang air kecil.

2. Tidur siang
Cuba dapatkan masa untuk tidur sekejap pada waktu siang sekiranya waktu malam anda tidak dapat tidur bagi membantu mengurangkan keletihan. Walaupun, hanya 10 minit, ia sangatlah membantu memulihkan tenaga dan kesegaran anda. Terutamanya masa sebelum waktu Zohor ( Qailullah).

3. Bersenam di siang hari
Bersenam secara tetap ketika hamil baik untuk tahap kesihatan yang optimum. Ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah bagi mengelakkan kaki kejang di malam hari. Tapi seeloknya janganlah bersenam pada masa yang menghampiri masa tidur.

4. Atasi pedih ulu hati
Pedih ulu hati dapat dielakkan dengan tidak terus baring dalam tempoh satu hingga dua jam selepas waktu makan. Jika masalah ini yang menjadi punca tidur anda terganggu, pastikan kedudukan kepala lebih tinggi ketika berbaring. elakkan juga makan makanan berempah, berasid, berlemak atau bergoreng.

5. Betulkan posisi tidur
Bila tiba trimester ketiga, perlu amalkan tidur mengiring. Ini penting dan bagus bagi menggalakkkan peredaran darah untuk kandungan, rahim dan buah pinggang. Elakkan tidur menelentang untuk tempoh yang lama kerana ia boleh membebankan bahagian belakang yang akhirnya boleh menyebabkan ibu sakit pinggang.  

Itulah 5 tips yang dikongsikan dan berharap tips ini dapat memberi manfaat buat bakal ibu.



Sekiranya, anda telah mengamalkan kesemua tips di atas dan masih juga mengalami masalah sukar tidur, berharap bersabarlah dan berbincang dengan pasangan anda bagi mengatasinya.

Bagi Feeza, pengalaman mengandung kali kedua dan kali ni yang ketiga sangat berbeza dengan masa mengandung kali pertama. Alhamdulillah, sekarang tidur lena dengan posisi mengiring dan dah tiada lagi kaki kejang di malam-malam hari juga sakit pinggang bila bangun tidur keesokan harinya. Nak tahu apa yang membolehkan Feeza rasakan perbezaan yang best ni nantikan entri akan datang k !


Syukur selalu,
Feeza Ismail.


Thursday, 3 November 2016

7 Tabiat Yang Boleh Mengundang Bahaya Pada Kesihatan Kita!

Tanpa kita sedari, adakalanya tabiat yang kita gemari itu boleh mengundang bahaya pada kesihatan kita. Hohoho, jom baca ada tak tabiat kegemaran korang dalam senarai berikut. Kalau ada, jom ubah! Kalau takde, Al hamdulillah dan take note :)

Tabiat-tabiat kebiasaan berikut perlu diubah andai mahu kesihatan anda di tahap terbaik.

SILANG KAKI

Duduk dengan menyilang kaki boleh meningkatkan tekanan darah systolic (tekanan ketika jantung berdenyut sambil mengepam darah) sehingga 7% dan tekanan darah dialostic sehingga 2%. Sebaiknya, elakkan menyilang kaki lebih daripada 15 minit dan jangan duduk dengan posisi dan tempat yang sama lebih dari 45 minit. 

TIDUR MENIARAP SEPANJANG MALAM

Posisi ini memang membuatkan anda lebih mudah untuk tertidur. Namun, elakkan dari tidur terlalu lama dalam posisi ini kerana leher anda boleh mengganggu peraliran darah. Posisi tidur yang baik adalah terlentang atau mengiring sambil memeluk bantal di antara kaki

MENGENAKAN TALI PINGGANG TERLALU KETAT

Mengikat tali pinggang terlalu ketat juga boleh mengganggu sistem penghadaman anda dan akan menekan perut serta organ dalaman. Kesannya, proses penghadaman tidak berjalan dengan baik. Pastikan anda mengenakan tali pinggang dengan ukuran yang normal. Duduk dengan selesa, tidak membongkok dan bernafas dengan normal. 

BEG TANGAN DI SISI

Kebanyakan anda membawa beg tangan yang disangkut di bahu pada sisi yang sama. Kebiasaan inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan otot dan menyebabkan rasa sengal. Sebaiknya, jangan membawa barang terlalu banyak dalam beg dan keraplah berganti antara bahu kiri dan kanan

TERUS LAKUKAN REGANGAN SELEPAS BANGUN TIDUR


Ketika bangun tidur, anda biasa melakukan regangan badan. Jangan begitu, kerana kebiasaan ini boleh merosakkan sendi pada tulang belakang. Kesannya anda sakit pada bahagian punggung dan leher. Disarankan selepas bangun tidur, lebih baik anda terus bangun, berjalan di sekeliling rumah, minum air putih atau menggosok gigi. 

KERAP MEMBONGKOK
Dengan membongkok, ia boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian bahu dan memberi tekanan kepada tulang belikat anda. 

MEMAKAI JEANS TERLALU KETAT

Image result for skinny jeans
Skinny jeans atau jeans terlalu ketat memang antara pilihan pakaian yang ada sekarang ini. Namun, jika dipakai setiap hari, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan kerana ia menghadkan gerakan badan anda dan merasa kurang selesa dengan aktiviti yang anda lakukan. Malah, jeans terlalu ketat juga berpotensi menekan pengaliran darah.


Sekian, coretan perkongsian kali ni. Sumber dipetik dari sini.

Semoga memberi manfaat buat semua!

Syukur selalu,
Feeza Ismail.

Wednesday, 2 November 2016

Set Hamil Shaklee Pilihan Ibu Masa Kini.

Bila dah hamil ni, pentingnya kita jaga makan dan kekalkan tahap kesihatan yang terbaik buat ibu dan kandungan. Yes! ini perlu sangat-sangat sebagai langkah mengurangkan risiko sepanjang berbadan dua.

Kalau dah start 'membuka buku pink' di klinik, pastinya diakhir pertemuan ibu-ibu dibekalkan dengan pakej vitamin untuk keperluan ibu mengandung.

Boleh baca kat sini tentang vitamin dan suplemen kesihatan untuk ibu mengandung.

Macam Feeza sendiri, untuk kehamilan yang ketiga ni Feeza mengamalkan Set Hamil Shaklee. Sebelum-sebelum ni Feeza hanya bergantung pada vitamin yang dibekalkan klinik.


Jom ketahui apa yang terkandung dalam set hamil yang digemari ramai ni.

1. Vitalea Iron Formula.
-formula lengkap 28 vitamin dan mineral
-lebih 340 ujian kualiti telah dijalankan
-mempunyai sistem penyerapan bioaktif bagi meningkatkan penyerapan folic acid
-mencegah kekurangan vitamin

2. B-Complex.
-mempunyai kesemua 8 vitamin B : B1, B2, B3, B6, B12, biotin, asid panthothenik, folic acid
-badan kita tak hasilkan, hanya dari makanan dan suplemen

3. Sustained Release Vita C Complex
-vitamin C yang dihasilkan daripada ekstrak jagung
-vitamin C mempunyai komponen yang sama seperti buah citrus

4. Ostematrix
- mengandungi kalsium, vitamin D, magnesium, zinc, cooper, manganse dan boron

5. Energizing Soy Protein
-dari sumber soya non-GMO
-glisemik index rendah
-14g protein setiap hidangan

6. Omega Guard
-minyak ikan dari ikan sumber laut dalam
-kepekatan EPA dan DHA yang tinggi
-ketulenan terjamin 

Wow, banyak yang tersenarai dalam set ini ye! Jangan bimbang, semestinya setiap pengambilan adalah mengikut bajet dan keperluan. nantikan entri akan datang Feeza kongsikan kepentingan-kepentingan vitamin set hamil ni yang membantu ibu mengandung :)



Pengedar Sah Shaklee,
Feeza Ismail,
012.266.0427

Vitamin dan Suplemen Kesihatan Semasa Hamil.

Ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen kesihatan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan.

Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:


Asid Folik 

- Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. 

- Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.


 (Sumber: American Medical Association 2011) 

- Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil.

- Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan.

- Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.

- Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:
  • Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu. 
  • Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik. 
  • Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis. 

Zat Besi 

- Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

- Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi.

- Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan.

- Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

- Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

- Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah.

- Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

- Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.


Kalsium

- Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga.

- Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

- Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka.

- Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

- Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).


Asid Lemak Perlu 

- Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan.

- Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi.

- Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.


Vitamin D

- Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan.

- Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka.

- Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.

- Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.


Begitulah saranan yang dicadangkan melalui sumber yang Feeza baca kat sini. Hope memberi manfaat buat semua.

Syukur selalu,
Feeza Ismail.

Tuesday, 1 November 2016

Pentingnya Jaga Pemakanan Semasa Mengandung.

Biasa kita dengar makan untuk hidup, hidup nak sihat. Jadinya nak sihat dan kekal sihat mestilah pilih juga makanan yang sihat serta amalkan pemakanan yang sihat :)

Pemakanan yang sihat adalah sangat penting lebih-lebih lagi jika anda seorang ibu mengandung. Jika sebelum ni, diet pemakanan anda 'tidak comel' seharusnya semasa mengandung ni ubah cara pemakanan untuk kebaikan ibu dan juga kandungan.

Tujuan pengambilan makanan yang sihat sepanjang kehamilan adalah untuk memastikan perkembangan janin yang sihat serta untuk mengekalkan kesihatan ibu. Selain itu, ia juga bertujuan memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa hamil.

-Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah di antara 12-18kg. 

-Jika berat badan anda normal sebelum hamil, anda perlu menambah di antara 11-16kg. 

-Jika berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah di antara 7-11kg. 

-Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg. 

 Ingatlah bahawa pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan yang sihat. Tapi jaga-jaga jangan terlebih-lebih pula pertambahannya, haruslah dikawal ye :)


Jom Feeza kongsikan hasil dari pembacaan di sini dan sini tentang jenis makanan yang perlu ambil 'lebih' sepanjang kehamilan ni. Antaranya termasuklah:



 1. Buah-buahan dan sayur-sayuran - boleh membelinya dalam bentuk segar, sejuk-beku, dalam tin, kering atau jadikannya sebagai jus. Sasarkan untuk memakan lima hidangan dari kumpulan ini sehari. Misalnya 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin C dan satu dalam vitamin A)

2. Makanan berkanji -contohnya nasi, roti, pasta dan juga kentang. Adalah lebih elok memilih jenis bijian penuh kerana ia membantu anda berasa lebih kenyang dan lebih berkhasiat. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan. Dicadangkan ambil 7 hidangan nasi tau bijirin atau roti.



3.Makanan yang kaya dengan protein - contohnya daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang.Dicadangkan mengambil 1 hidangan daging atau ayam, 1 hidangan ikan dan 1 hidangan kekacang.

4. Produk tenusu - contohnya susu, keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium. Dicadangkan mengambil 2 hidangan susu.

Namun sekiranya anda bermasalah mahu melengkapkan pemakanan sihat dan seimbang seperti yang dicadangkan, makanan tambahan atau suplemen perlu diikhtiarkan bagi kesejahteraan perkembangan janin dan kesihatan ibu.

Sebelum mengandung ni Feeza jenis makan je apa yang suka (layan je tekak dan selera nak makan apa tanpa kira 'status' nutrisi makanan tersebut haha). Jadinya bahagian sayur-mayur ni kuranglah diberi perhatian tapi buah-buahan tu adalah yang diambil. So, ni dah jadi ibu mengandung, Feeza kena lah bagi perhatian betul-betul bab makan bagi kekalkan kesihatan yang baik untuk Feeza dan juga kandungan. Lagipun takmolah, kesihatan terjejas sepanjang berbadan dua ni :)

Makanya, sepanjang mengandung kali ni Feeza ambil alternatif amalkan pengambilan suplemen bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan. Suplemen yang jadi pilihan Feeza adalah Set Hamil Shaklee.



Kenapa Feeza pilih dan amalkan set ni, nantikan entri seterusnya Feeza kongsikan.

Akhir kata, marilah sama-sama kita jaga pemakanan kita bagi kekalkan tahap kesihatan kita.


Syukur selalu,
Feeza Ismail.


16 Simptom Menandakan Anda Sedang Mengandung !

Tahniah!

Kebiasaannya apabila lewat datang haid atau dah tak datang period, kebanyakan wanita yang berumahtangga gembira kerana berkemungkinan dia sedang mengandung =)

Tetapi terdapat juga beberapa simptom selain itu yang menandakan anda sedang mengandung. Jom baca simptom-simptom yang menyebabkan anda bakal bergelar ibu hamil.

 1. Tak Datang Haid -Jika anda biasa datang haid tepat pada tarikhnya dan tiba-tiba ia tak datang, itu mungkin petanda anda sedang mengandung!

2. Letih dan Sukar Menarik Nafas - Jika anda rasa letih yang luar biasa, ia juga mungkin petunjuk sedang hamil. Keletihan yang dialami mungkin disebabkan peningkatan paras hormon progesteron. Anda juga akan mudah berasa mengantuk dan malas sepanjang hari. Selain itu anda juga mungkin berasa sukar hendak menarik nafas seperti sediakala. Ini kerana fetus di dalam rahim berkongsi pengeluaran oksigen yang sama. 

3. Morning Sickness - Mual, loya, muntah dan pening kepala adalah simptom wajib akan dialami oleh kebanyakan ibu hamil. Biasanya ia akan menyerang di waktu pagi menyebabkan anda tidak boleh melakukan rutin harian waktu pagi seperti biasa. Ada juga yang mengalami morning sickness pada waktu malam atau sepanjang hari. Simptom ini biasanya akan berakhir sendiri apabila ibu masuk ke trimester ke-2 kehamilan.

 4. Hilang Selera Makan - Tekak yang loya kadang kala membuatkan anda hilang selera terhadap makanan kegemaran anda selama ini. Sebenarnya ia disebabkan oleh meningkatnya jumlah hormon estrogen dalam sistem ibu kerana mengandung. Kebencian ini akan membuatkan sesetengah ibu hilang selera makan di awal fasa kehamilan. Selain itu, ada juga ibu yang mengidam makan sesetengah jenis makanan. Anda juga mungkin akan menjadi seorang yang kuat makan dan asyik lapar sepanjang hari. 

5. Sensitif Pada Bau -Wanita hamil sangat sensitif pada bau-bauan. Ada sahaja bau yang kurang digemari akan cepat dihidu. Begitu juga dengan bau-bauan yang sangat digemari. Oleh itu jika anda sedang berpeluh dan berbau, lebih baik jauhkan diri daripada ibu hamil sebelum dia 'termuntah' depan anda.

6. Mood Swings -Perubahan hormon mungkin membuatkan anda mudah mengalami 'mood swings'. Ada sahaja yang tidak kena di mata anda. Tetapi lain orang lain reaksinya terhadap perubahan hormon dalam badan ini.

 7. Payudara Bengkak dan Lembut - Payudara anda berasa lebih sensitif daripada biasa kerana perubahan hormon. Jangan risau, badan akan menyesuaikan diri dengan perubahan hormon tersebut selepas trimester pertama. Payu dara akan semakin membesar sebagai persiapan untuk menyusukan bayi kelak.

 8. Rasa Kebas Sekitar Puting Payudara - Oleh kerana badan sedang menyesuaikan diri dengan kehamilan, hormon meningkatkan bekalan darah kepada payudara ibu sebab itu anda akan berasa sedikit kebas sekitar puting. Ia akan berakhir apabila badan semakin biasa dengan perubahan hormon yang dialami.

 9. Puting Menjadi Gelap - Biasanya bila anda sudah masuk lapan minggu kehamilan, bulatan di sekitar puting payudara (aerola) akan mula bertukar warna gelap. Puting anda juga menjadi lebih tegang dan lebam di sekitarnya semakin kelihatan.

 10. Peningkatan Suhu Badan - Jika anda biasa mengambil suhu badan, anda akan perasan tentang perubahan suhu badan yang semakin meningkat.

 11. Kembung Perut dan Sembelit - Walaupun masih di awal kehamilan dan saiz rahim masih kecil, perut anda mungkin berasa kembung menyebabkan anda rasa pakaian semakin sendat. Sementara masalah sembelit pula disebabkan oleh progesteron agak perlahan dalam sistem penghadaman.

 12. Kerap Buang Air - Perubahan hormon juga menyebabkan peningkatan darah melalui buang pinggang, dan ibu akan kerap buang air kecil. Badan juga mula menghasilkan lebih cecair ketika mengandung. Kekerapan buang air kecil akan semakin hebat sepanjang kehamilan apabila saiz rahim semakin menekan pundi kencing ibu berikutan saiz bayi yang semakin membesar.

 13. Berasa Hendak Pengsan Atau Pening - Anda mungkin akan berasa pening kepala ketika mengandung akibat peralihan hormon dalam badan. Ia juga mungkin disebabkan jantung mempercepatkan kadar mengepam darah dalam badan semasa mengandung, ini mungkin menyebabkan sedikit penurunan tekanan darah. Ia semakin baik selepas trimester pertama.

 14. Kejang dan Spotting - Ada juga bakal ibu yang mungkin mengalami sedikit 'spotting' atau keluar darah di seluar dalam. Ia disyaki akibat implantasi telur dalam rahim. Jika anda berasa kejang, ia mungkin kerana rahim mengembang sebagai persediaan untuk bayi membesar.

 15. Sakit Kepala - Masalah sakit kepala adalah perkara biasa dialami oleh ibu hamil. Ini kerana perubahan hormon.

 16. Sakit Belakang - Bahagian belakang badan anda juga mula akan berasa sakit kerana ligamen mula melonggar dan anda mungkin akan bertambah berat badan.
Macam mana, ada mengalami simptom-simptom berikut?

Untuk kepastian dan kesahihannya, anda digalakkan menjalankan ujian kehamilan. Boleh dilakukan di klinik-klinik berdekatan anda. Yang pasti melalui ujian kehamilan positif, anda memang sedang mengandung dan tahniah!

Sila jaga diri =)

Syukur selalu,
Feeza Ismail.